Hukum lelaki memakai inai.

3:48 PM

Ni la yg kdng2 kiter lihat di zaman sekarang ye anak2....




cewah~~~ padahal ana pernah buat dulu..
yela..dulu jahil kan......kih3
ana ingat  x menjadi masalah....
rupenyer!!!
x bole...
rupenyer!!!
harammm....
Astaghfirullah~~ ( T_T)
p/s; bole pkai kat janggut, misai ngn rambut. yg lain?? lau darurat jela.
(bile darurat nyer tuh agak3????)


Menurut Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi ha., Imam Syafie rh mengatakan bahawa memakai inai bagi lelaki adalah haram, melainkan bagi tujuan perubatan, kerana ia meryerupai wanita yang dilarang oleh syara’. Sebagai mana hadith shahih Allah swt melaknati lelaki yang menyerupai wanita.

Ensaiklopedia Fiqh Kuwait mengatakan bahawa ulama' bersetuju inai boleh digunakan oleh kaum lelaki di janggut dan rambut (di kepala). Inai di jari tidak dibenarkan atas alasan menyerupai kaum wanita.

Memakai inai dijari merupakan perhiasan kaum wanita, kenapa pula kaum lelaki ingin menggunakannya?. Kaum lelaki digalakkan mengunakan inai di janggut atau di rambut kepalanya. Hukum lelaki menggunakan inai samalah hukum lelaki yang meniru2 perbuatan kaum perempuan.

Berikut kami petik contoh fatwa dari BAHEIS :-

Nama : . Noor.
E-Mel : Cape7918@yahoo.com.
Kategori : SYARIAH
________________________________________

SUB KATEGORI
Munakahat - Nikah
________________________________________
Tarikh Hantar Soalan : 30/01/2007 01:32 AM
Soalan : Apa HUKUMNYA lelaki memakai inai dijari.apabila seseorang itu menamatkan zaman bujangnya erti kata lain berkahwin?.
Jawapan : Lelaki yang memakai inai di jari adalah haram kerana ia menterupai wanita dalam pada pandangan Imam Nawawi dan mazhab Syafie.
Status : Selesai - Paparan Web.
Nombor Rujukan : Panel (fs) 290307
Tarikh Selesai : 29/03/2007 04:42 PM

Inai atau dalam bahasa arabnya Al-Hinnaa'/henna.
ini pula daripada sumber yg lain. 

Hukum pemakaiannya; 


Mazhab Hanbali berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan utk mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali di kepala samada kepada lelaki ataupun perempuan. 


Manakala mazhab syafie pula berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai henna (inai) pada mana-mana bahagian tubuh badan KECUALI tangan dan kakinya. Walaubagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal2 perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.

Imam An-nawawi Rh dalam fatwa al-majmu
' lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.
Manakala mazhab hanafi dan maliki pula, lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian. Ini diriwayatkan daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya bahawa Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Umm Salamah, jangansebarang wangian ketika kamu berada dlm ihram. Juga pada henna kerana ia juga adalah wangian. (Diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam Al-Kabir, Al-Baihaqi dalam Al-Ma،اrifah, dan Ibn Abdil Barr di dalam At-tamheed)
Diriwayatkan dari Aishah bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau perempuan. itu menjawab: Aku adalah seorang wanita. bersabda: Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu. (hadith riwayat abu dawud) 

Abu Hurairah R.a meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dgn henna (inai) dibawa ke hadapan rasulullah. Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W: "Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai wanita." Lalu lelaki itu dihalau dari al-baqi' (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.a.w: "Kenapa dia tidak dibunuh?" Lalu baginda S.A.W bersabda: "Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang." (Diriwayatkan oleh ABu Dawud, Sahih Al-Jaami', 2502) 

3 hadith di dalam hal ini, wanita diharuskan memakai inai pada tangan dan kaki mereka TETAPI berwaspada sekiranya tujuan pemakaiannya adalah untuk seperti memakai wangian dgn tujuan tabarruj, maka ia adalah haram.
Hadith yang kedua dan ketiga, bahawa galakan rasulullah S.A.W menyuruh kaum wanita untuk memakai inai pada tangan adalah untuk berbeza antara lelaki dan perempuan. DI sini datang pula hadith S.A.W bahawa Allah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.

http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/76e3b69a601dc64e48257537001387e7?OpenDocument

0 balasan:

ealsreinzberg. Powered by Blogger.