Sedih mengenai Janggut.

10:27 AM

Assalam, selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W... untuk dulu kini dan selamanya kiter haruslah ucapkan syukur ke hadrat ilahi..atas kurniaan yg tidak terhingga.. Alhamdulillah... :)

Ana hendak merintih, mengeluh seketika.. Astaghfirullah..
buat kali kedua, ana perlu memotong janggut hingga pendek atas musabab yg rasenyer tidak wajar dan harus anan ikut..tetapi apa kan daya, diri yg lemah hanya mampu buat sekadar yang boleh.

Ana terima tawaran bekerja dari sepupu ana untuk menjadi cane line di tempat dia bekerja. sepatutnyer, ana start kerja awal bulan 6, tapi, atas desakan..ana masuk pada 16.05.2011.
Pagi tuh, seawal jam 7.15 a.m ana perlu berada dirumahnyer untuk pergi ke tempat kerja tuh bersama-sama menaiki kereta dengan sepupu ana.

pendekkan cerita, sampai sahaja disana.. sepupu ana kater,
"ha, iylia! esok potong janggut. sekejap jek..nanti belajar balik..simpan balik..."

hu, hati ana taim tuh, terkejut sngat! 'Ya Allah, x kan nak potong lagii.....'rintih ana...
'lau tau dari awal kena potong , x nak la keje kat sini....'... hm ... "baik..tngoklah nanti.".. sedih nak ckap.

lau dulu, "Kesatria" ngok ngek wat ana cam2... ana dah lupe dah! nih, ader lagii...sebab tuh la ana x suke sngat Komander, Palapes, Suksis and seumpamanyer tuh... bukan x suke pe...satu jek! sebab dorang x amalkan pe yg Nabi kiter wat.. salu jek, "X boleh ader janggut!!" eh, asal x bole plak? yg korang duk simpan misai tuh apehal?? amalan sape simpan misai tuh??hmm..pikirlah sendiri...

Mungkin tuh la salah satu sebab musabab nape la Malaysia skang x la hebat mane.. lau ader 313 manusia yg imannyer macam sahabat Nabi, insyaAllah...aman dunia nih. huhuh.... mampukah kiter?? berusahalah  ikot sunnah Nabi. ni x, baru jek nak amal..da ader yg halang. nampak x?? mcm mane yahudi nih kawal kiter?? nampak macm remeh! tapi,..bagi ana...bnda camnih berat sangat.. biarla orng ckap buruk...kolot...tapi..janggut tuh la slah satu kebanggaan orng alim..Subhanallah.... T,T

nak mudah, ana ader wat research sikit mengenai janggut. InsyaAllah....


Beberapa Hukum Mengenai Janggut


Soalan:
Adakah memanjangkan janggut dan mencukur misai itu sunnah? Apakah hukumnya jika mencukur habis janggut apabila menerima arahan untuk berbuat demikian atas sebab-sebab peraturan? Adakah had atau sukatan bagi memotong janggut tersebut? 

Apakah hukum bagi seseorang yang tidak mahu mencabut atau memotong misai, janggut dan bulu ketiak malah in gin pula menyimpan dan menjaganya dengan bersih? 


Jawapan:
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه ومن تبعه بإحسان ‘لى يوم الدين ، وبعد

Berjanggut dan berjambang merupakan sunnah Rasul Shallallahu 'alaihi wasallam, amalan para sahabat Baginda dan nabi 'Alaihimussalam. Di antara nabi yang berjanggut yang disebutkan oleh aI-Qur'an ialah Nabi Harun abang kepada Nabi Musa 'Alaihissalam. Nabi Harun lebih tua tiga tahun daripada Nabi Musa. 

Firman Allah Ta’ala:

قال يبنؤم تأخذ بلحيتى ولا برأسى
(سورة طه : 94)

Tafsirnya: Nabi Harun berkata: "Wahai anak ibuku, janganlah engkau meragut janggut dan menarik rambutku. " 
(Surah Thaha: 94)

Kisah janggut Nabi Harun 'Alaihissalam yang dipegang Nabi Musa 'Alaihissalam ini,menjadi dalil kepada para ulama yang berpendapat bahawa amalan berjanggut itu disyariatkan dalam Islam dan menjadi sunnah nabi-nabi. 

Mencukur janggut dan memelihara misai itu adalah budaya atau cara hidup orang-orang Yahudi, Nashrani dan Majusi. Oleh kerana itu orang Islam diperintahkan supaya berkeadaan sebaliknya tidak mengikut budaya mereka itu untuk membezakan cara hidup orang Islam dengan cara hidup mereka. Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:

أعفوا اللحى وخذوا الشوارب وغيروا شيبكم ولا تشبهوا باليهود والنصارى
(رواه أحمد)

Maksudnya: Kamu simpanlah janggut, kamu potonglah misai, kamu ubahlah warna uban kamu (dengan berinai) dan janganlah kamu mencontohi Yahudi dan Nashrani. 
(Hadits riwayat Ahmad)


روى أن رجلا من المجوس جاء إلى النبي صلى الله عليه وسلم وقد حلق لحيته وأطال شاربه ، فقال له النبي صلى الله عليه وسلم ، ما هذا ؟ قال : هذا ديننا ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لكن في ديننا أن نحفي الشوارب وأن نعفي اللحية
(رواه ابن ابي شيبة)

Maksudnya: Diceritakan bahawa seorang lelaki daripada kalangan Majusi datang mengadap Nabi Shallallahu 'alaihi was allam, dan lelaki ini telah mencukur janggutnya dan memanjangkan misainya. Lalu Baginda bertanya: "Apa (yang engkau lakukan) ini?" Lelaki itu menjawab: "Beginilah ajaran agama kami". Kemudian Baginda berkata: "Akan tetapi dalam agama kami (Islam), kami memotong misai dan membiarkan janggut kami panjang. " 
(Hadits riwayat Ibnu Abu Syaibah) 


Menurut kata al-Imam al-bukhari:

كان ابن عمر يحفي شاربه حتى يرى إلى بياض الجلد

Maksudnya: Ibnu 'Umar menipiskan misainya sehingga kelihatan kulitnya yang putih. (Fath al-Bari: 11/524) 

Daripada keterangan-keterangan di atas, jelas membuktikan bahawa para sahabat adalah berjanggut kerana mencontohi amalan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam. 



Hukum Berjanggut Dan Mencukur Misai

Adapun perintah memelihara janggut itu banyak kali ditegaskan dalam hadits-hadits Baginda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, antaranya: 

عن ابن عمر رضي الله عنهما ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ، أحفوا الشوارب وأعفوا اللحى
(رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya: Diriwayatkan daripada Ibnu 'Umar Radhialla 'anhuma katanya:
“Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alahi wasallam:"Kamu cukurlah misai dan peliharalah janggut kamu.” 
(Hadits riwayat al-Bukhari


عن ابن عمر رضى الله عنهما ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ، خافوا المشركين وفروا اللحى وأحفوا الشوارب
(رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya: Diriwayatkan daripada Ibnu 'Umar Radhiallah 'anhuma, katanya: "Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaih wasallam: "Berbezalah kamu daripada orang-orang musyrik, iaitu, kamu peliharalah janggut dan cukurlah misai. " 
(Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

Pendapat Mazhab Syafi'e Tentang Janggut 


Menurut Imam an-Nawawi dalam Syarh Shahih Muslim bahawa janggut itu tidak dicukur, katanya: 

والمختار ترك اللحية على حالها وأن لا يتعرض لها بتقصير شيء أصلا ، والمختار في الشارب ترك الاستئصال والاقتصار على ما يبدو به طرف الشفه.

Ertinya: Bahawa pendapat yang terpilih, ialah membiarkan janggut mengikut keadaan semula jadinya, tanpa memendekkannya sedikitpun pada hukum asalnya, dan pendapat yang terpilih pada misai pula ialah tidak mencabut atau mencukurnya habis, memadai (memendekkannya) setakat kelihatan tepi bibir. 

Menurut kitab al-Majmu' karangan aI-Imam an-Nawawi, kata al-Khithabi dan ulama-ulama selainnya: "Janggut itu disimpan, dibiarkan dengan tidak digunting. Mengguntingnya adalah makruh seperti perbuatan orang-orang a 'jam (bukan Islam). (1/342) 

Berdasarkan kepada keterangan hadits-hadits di atas, berjanggut itu bukan sahaja amalan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dan para sahabat Baginda, bahkan menjadi amalan juga kepada para nabi sebagaimana keterangan al-Qur'an tentang janggut Nabi Harun 'Alaihissalam. Sementara mencukurnya pula bertentangan dengan sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam. 


Peraturan Melarang Berjanggut

Adapun peraturan atau arahan melarang orang Islam daripada berjanggut adalah peraturan itu tidak selaras dengan tuntutan syara', lebih-Iebih lagi mazhab jumhur selain daripada mazhab Syafi'e, lebih menguatkan perkara berjanggut itu. 


Had Memotong Janggut

Had atau sukatan bagi memo tong janggut itu adalah bersandarkan kepada perbuatan Ibnu 'Vmar Radhiallahu 'anhuma semasa mengerjakan haji dan umrah, yang mana beliau telah menggenggam janggutnya dan yang lebih daripada genggamannya dipotongnya. 


وكان ابن عمر إذا حج أو اعتمر قبض على لحيته فما فضل أخذه
(رواه البخاري)


Maksudnya: Semasa Ibnu 'Umar mengerjakan haji atau umrah, beliau menggenggam janggutnya, mana yang lebih (daripada genggamannya) dia memotongnya.
(Riwayat al-Bukhari)


Tidak Mahu Memotong Misai

Mengenai misai pula, menurut Imam an-Nawawi bahawa pendapat yang terpilih ialah tidak memotongnya habis, cukup memendekkannya setakat jelas kelihatan tepi bibir. 


Menyimpan Dan Menjaga Dengan Bersih Bulu Ketiak

Adapun membiarkan bulu ketiak itu panjang dengan niat untuk menyimpan dan menjaganya dengan bersih adalah menyalahi fitrah. Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu: 

الفطرة خمس أو خمس من الفطرة : الختان وارتحداد ونتف الإبط وتقليم الأظفار وقص الشارب
(رواه البخاري ومسلم والترمذي والنسائي وأبو داود وابن ماجه وأحمد ومالك)


Maksudnya: Fitrah itu ada lima atau lima perkara daripada fitrah itu ialah berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan memotong misai. 

(Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, an-Nasa'i, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad dan Malik) 


Maksud daripada fitrah itu ialah sunnah para nabi 'Alaihimussalam yang disepakati oleh syara'. Jadi menurut sunnah, apa yang perlu dibuat untuk bulu ketiak itu ialah mencabutnya dan jangan membiarkannya tumbuh.


والله أعلم بالصواب

Negara asal : Brunei darussalam

Badan yang mengisu fatwa : Jabatan mufti Kerajaan, jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam
Penulis/Ulama : Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Junid
Tarikh Diisu : 2004

Nota: Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam 2004

  
Sama-sama lah kiter mengamalkan Sunnah Nabi-nabi kiter. insyaAllah. >,<
Inallaha ma'ana.
Syukran.

0 balasan:

ealsreinzberg. Powered by Blogger.